Assalammualaikum.
Allah haih, sumpah aku taktahu nak mula macam mana. Sakit sangat. Tak berhenti aku fikir dari semalam. Aku cuba nak lupakan dan aku pilih untuk tidur sepanjang semalam. Aku terbangun pkul 5:15am. And still teringat kan dia. Bila aku fikir balik. Aku rasa sia-sia aku sabar dengan dia. Takpalah scha, lagipun kau yang ambil keputusan ni.
Mengalir airmata saya masa saya delete gambar kita satu demi satu. Mungkin dengan macam ni, perasaan benci & sayang tu hilang perlahan-lahan. Saya tahu akan makan masa untuk saya buang semua ni. Disebabkan saya terlalu kecewa.. Maafkan saya sebab tak tunaikan janji saya untuk jadi teman hidup awak. Saya harap awa hormat keputusan saya sebagaimana awak beritahu saya semalam. Saya takpernah lupa apa yang awak buat pada saya.Dan apa yang awak pernah lakukan untuk saya. Cukup sampai semalam saja lah saya bertahan dengan awak dan perangai awak tu..
Dari first kita kenal. Awak takpernah berubah sedikit pun. Saya terlalu sayangkan awak sampai saya buta apa yang awak buat pada saya selama ni. Tahu sebab apa? Sebab aku dah penat nak kenal orang baru dalam hidup aku. Tapi ni saya dapat dari awak. Saya harap, awak halalkan makan minum saya dari dulu sampai semalam. Maafkan saya kalau saya pernah buat awak tersinggung sengaja atau tak disengajakan. Saya harap awak maafkan saya.
For sure, saya belum ready nak bagitahu ayah mama pasal benda ni. Mungkin ambil masa. Tapi before habis this year. Saya sendiri akan bagitahu. Tolong jangan pernah merayu dekat saya lagi untuk terima awak sebagai teman hidup saya lagi. Saya takkan terima awak. Mungkin saya akan terima awak hanya sekadar sebagai seorang kawan dan tak lebih dari tu. Tu yang awak mahu dan pilihkan selama ni. Takpalah, lepasni takperlu minta apa apa izin dkat saya lagi untuk pergi sana sini.
Saya harap. Awak jaga diri okay. Doa saya takkan pernah terputus untuk awak berjaya dalam hidup.
Jangan pernah mengalah dalam sesuatu perlakuan okay? Dan saya doakan awak bahagia dalam hidup tak kira dengan siapa awak bersama. Gembirakan mak abah okay? Pasal saya awak jangan risau lah. Saya tahu saya boleh hidup tanpa awak. Walaupun saya pernah cakap dengan awak "Kalau saya takde awak, saya ibarat macam patah kaki" tapi saya ambil tu satu pengajaran dan cabaran untuk saya sendiri. InsyaAllah. Allah sentiasa ada dengan saya tak kira di mana saya berada.
Terima kasih untuk 3 tahun 7 hari awak setia berdiri sama dengan saya tak kira masa susah atau pun senang. Saya akan rindu semua tu. Saya cuba jadi matang. Itu yang awak nak kan selama ni. Ok saya cuba okay? Saya akan cuba juga untuk hidup berdikari tanpa pertolongan sesiapa. Yes! Saya boleh walaupun sebenarnya saya takboleh.
Akhir saya. Jika ditakdirkan saya adalah jodoh awak kelak nanti. Alhamdulillah dan saya bersyukur kerana Allah perkenankan doa kita sebelum ni. Dan jika ditakkdirkan saya bukan jodoh awak.Saya harap awak bahagia sentiasa dalam hidup. Jaga diri.
Create officially by Shaa Iraa Malek
3:47pm / 11oct2016
