Aku cuba..

Assalammualaikum. Selamat pagi dan salam jumaat buat semua orang islam.

Ok aku nak cerita masa aku single masuk harini dah 6 hari aku single.Single tau? So maknanya, takde sape pun nak marah aku nak contact or keluar dengan sesiapa.Ok cam ni cerita dia. Ikutkan dugaan aku kalini sangat berat. Yela siapa boleh terima weh kau bina hubungan samapi bertahun-tahun. Last dia yang buat hal. Buat hal kecik takpa.Ni? Weh seriusly aku tak sangka dia macam tu. Tak pernah aku bayangkan macam mana kecewanya aku masa tu.Hanya allah je tahu aku kecewa macam mana. Allah tu sangat berkuasa. Once dia nak tunjuk orang yang selalu kita sanjung tu betul ke tak betul. Sekelip mata weh kau boleh benci orang yang kau sayang masa tu. Ok nak cita pasal kecewa. Mmg kecewa tahap rasa macam tak nak hidup dah dekat dunia ni, sampai aku fikir. allah kenapa lah kau temukan aku dengan orang yang salah selama ni.Kenapa kau tak bagi petunjuk dari awal. Betapa remuk hati aku weh masa tu. Menggeletar satu badan aku bila dapat tahu dia keluar dengan perempuan lain. Kalau tahu dari orang boleh lah aku cool. Ni otak dia, kantoi dengan aku sendiri weh. Allah luluh hati ni bila nak cerita balik apa dia buat. Allah soft kan hati aku ni supaya tak buat tindakan melulu. Korang tahu tak masa tu aku fikir masa tu, ada air panas. Memang aku siram air tu kat dia tanpa kata apa apa. Allah tah lah, nak gambarkan camne perasaan aku camtu pun tak tahu. 
Allah je yang tahu perasaan aku masa tu. Lagi sedih, padahal baru je cerita kahwin.Setting tarikh lah konon. Padahal acah jee. Rancang-rancang kan? Allah yang tentukan.Tak sangka sampai macam tu allah tentukan. Allah nak tunjuk kan. Subhanallah

.

Demi allah dari first day aku try move on. Lagi aku tak dapat tahan sakit ni. Ibarat hati aku hari-hari kena tikam lah. Aku cuba untuk senyum gelak tanpa macam takde masalah. Aku lega sebab aku luahkan semuanya dekat mama and ayah. Penyeri hidup aku. And tak lupa pd adik-adik kembar aku.. Dorang hari-hari bagi aku semangat. Hari-hari buat aku gelak lepas kejadian tu. Allah rasa macam nak nangis pun ada weh. Tak putus kawan-kawan aku pujuk hati aku untuk tenang.Aku cuba sibuk kan diri ni dengan kerja dengan kawan-kawan social media. Dengar lagu bukan-bukan. Untuk hilang stress. Alhamdulillah lepas jadi macam ni aku still boleh fikir mana baik mana buruk. Sebab aku fikir if aku hilang dia pun takpa lah. Janji ayah mama adik-adik along aku ada dengan aku sentiasa. Tak sabar nak jumpa along sabtu ni. Aku nak peluk along seerat eratnya. Nak luahkan lah segalanya. 

Ok nak cerita lagi, untuk percaya atau tak aku tak tahu sebab bila aku cuba percaya, macam macam andaian negatif dalam kepala otak aku ni. Aku nekad. Teruskan ego ni sampai lah aku sendiri redaa. Aku tak nak bila terima dia balek, hati aku sentiasa dengan penuh gelisah. Sentiasa fikir bukan-bukan.And tak boleh nak terima apa-apa dia buat. Luka kat hati ni baru lagi. Belum pulih lagi. Aku masih dalam kekeliruan. Tak berhenti mak dia whatsapp aku suruh aku settle dengan dia cara baik.Ya boleh bagi dia peluang.Tapi? Aku takut peluang kedua yang aku bagi ni sama seperti peluang pertama yg aku bagi sebelum ni. Allah! Aku buntu. Aku belum bersedia utk beristikharah. Sebab aku takut dengan jawapannya selepas tu. Aku cuma berdoa pd yang maha esa. Minta allah pulihkan hati aku ni. Lupakan semua apa yang dah berlaku. Aku bukan nak jadi bodoh, cuma aku penat. Bukan penat apa, penat nak kenal seseorang dari mula. Bak kata orang putih "Start all over again" eh betul ke? HAHAHAHHAHAHAHAHAHHA

Eee banyaklah aku nak cerita ni sebenarnya. Nanti sambung k. TQ korang sebab sudi baca cerita bengong ni hahahahaha.Ok byebye Assalammualaikum :)