Anniversary 3 years with you..


Alhamdulillah syukur. 
Assalammualaikum. Pertama sekali, saya masih tak percaya yang kita dah sejauh ni. Allahu. Atas nama Allah swt, saya sayangkan awak dunia akhirat saya. Terlalu banyak kenangan saya lalui bersama awak walaupun banyak duka dari suka. Saya tetap bersyukur. Saya harap awak terakhir buat saya sampai nafas terakhir saya. Perkenalan kita sangat singkat sehingga lah awak purpose saya jadi teman wanita awak. Bila teringat balik, menangis tak berlagu dibuatnya. 

Video diatas saya buat khas untuk awak. Bertapa sabarnya saya dengan awak selama perkenalan kita 36 bulan. Banyak sangat saya pendam. Terlalu banyak sayang. Saya cuma rindu kenangan kita yang dulu masa permulaan awak ngorat saya. Saya bahagia sangat dengan awak. Terlalu bahagia. Saya cuba nak ungkap satu persatu perasaan saya pada awak selama ni. Sukar untuk saya percayakan awak macam dulu sejak awak mula tipu saya semasa saya menjalani latihan khidmat negara (PLKN). 3 bulan saya setia jujur dengan awak. Tapi? Tak dapat nak gambar kan betapa sakitnya hati saya masa tu. Saya rasa diperbodohkan sangat masa tu sebab terlalu ikut dan ingat janji saya pada awak.  Kalau saya tahu itu yang awak balas. saya akan tetap dengan pendirian saya sendiri jadi shaerra yang sangat jahil pada lelaki, takpernah setia pada satu. Setelah saya kenal awak. Hidup saya berubah. Semuanya berubah. Dari tak setia, jadi setia. Dari ramai kawan lelaki, cuma awak je saya berhubung selain pasangan adik adik saya. Dari saya freehair, saya berhijab(bukan kerana awak, tp kerana Allah), dari berpakai kurang sopan, Alhamdulillah perlahan-lahan saya ubah walaupun masih belum sempurna. Dari yang susah nak dengar kata, dah dengar kata. Terima kasih sebab banyak ubah saya. 

Awak mula berubah setelah awak ada segalanya. Awak dah mula tak hormat saya sebagai seorang perempuan. Dah mula berani tinggi suara dengan saya. Kerap buat perangai. Kerap mungkir janji. 
Terlalu banyak sangat awak berubah walau pun sometime you sweet sangat. Tapi dalam baik you ada makna. Saya sedih sangat. Dulu awak baik sangat untuk saya. Bukan nak cakap awak jahat. Tapi entah lah. Saya rasa macam saya tak kenal awak yang sekarang berbanding dulu. Totally 99% change. Hanya 1% sahaja, tu pun sebab awak masih bersama saya. 

Saya mengalah untuk hubungan kita sebab saya terlalu banyak makan budi awak yang selalu ada untuk keluarga saya. Sanggup bersengkang mata untuk tolong keluarga saya. Walau pon sy tahu awak selalu mengeluh kepenatan. Tapi disebabkan awak nak menangkan hati mama dan ayah saya. Awak buat sebaik mungkin sehinggalah mereka boleh terima awak dalam hidup saya. Alhamdulillah, mama ayah adik-beradik saya restu hubungan kita. Tak lupa pd keluarga awak juga. Yang tersangatlah baik pd saya. Layanan yang sangat baik dan mesra. Even pd mulanya saya rasa give up untuk tawan hati keluarga awak. Akhirnya saya berjaya juga tawan hati mak abah awak. Saya takkan sia-siakan hubungan ni walau banyak sakit dari baiknya. 

Atas nama allah, kepercayaan saya pada awak langsung tiada. Jujur dari hati saya. Saya tak pernah percayakan awak walaupun kdg saya cakap saya percayakan. Itu cuma nak sedapkan hati awak sebab saya tahu awak takkan pernah berubah dengan sifat tidak ada kejujuran dalam hubungan. Walhal awak akan jadi suami saya. Saya takkan letak 100% kepercayaan saya pada sebab awak manusia biasa juga macam saya yang takkan lari dari membuat satu kesilapan.

SAYA RINDU KENANGAN MANIS BERSAMA AWAK.

Yang selalu ada dengan saya. Tak kira waktu. Saya perlukan perhatian daripada awak sampai bila-bila. Saya rindu nak dekat dengan awak hari-hari. Masa awak kerja Krispy Kreme, setiap malam awak bawak donut untuk saya. Yang paling best, awak buat donut tu ada nama saya siap love lagi donut tu. Setiap malam lepas awak balik kerja. Saya ingat lagi. Lepastu saya dapat panggilan khidmat negara. 3 bulan saya kat sana, First month every week awak datang dengan keluarga saya. Masuk 2nd months dah kurang awak jenguk saya. Sebab awak kerja kan. Saya faham. Lagi 2 weeks saya nak tamat latihan. Saya dapat tahu awak tipu saya. Sedihnya saya masa tu sebab terlalu percayakan awak. Itulah permulaan saya susah untuk percayakan awak lagi walaupun saya maafkan awak. 

After tamat latihan. Masing-masing fikir untuk sambung study atau pun kerja lepas dapat result SPM.
So kita decide untuk kerja. Awak kerja part time di Krispy Kreme kat mane tah, saya part time di Jusco Aeon Au 2. sebulan lepastu awak berhenti kerja sebab nak cari kerja lain and timba pengalaman kan. Lama juga lah awak tanam anggur. After raya saya decide untuk berhenti kerja dan tanam anggur dalam 1 month jgklah. Dalam sebulan tu jgk saya dengan awak usaha cari kerja office hour tempat yang sama kita kena panggil interview. Tapi saya je yang dapat. Awak sedih sgt masa tu saya tengok. Tapi jodoh kita kuat eceh, Ayah tak benarkan saya kerja kat situ sebab jauh sangat. Selepas dari tu, kita dapat tempat kerja yang sama. TM nett call center kat Setapak. Rasa happy jer. Tapi saya tak sampai satu hari masuk kerja, Saya larikan diri dari office tu sbb tak kena dengan jiwa saya. Tapi awak stay dan terus kerja dekat situ hampir sebulan lebih. Dalam masa awak kerja TM tu, saya dipanggil interview untuk syarikat Travel agency (Narsqo Holidays) syarikat yang saya berkerja sehingga kini. Semasa saya dipanggil bekerja di syarikat NHSB ni hanya sebagai ticketing officer di Wisma Rampai, di Sri Rampai. Hari2 kita keluar lunch sama sama walaupun awak di Setapak, saya di Sri Rampai. 

Tapi saya masih rasa jauh sangat dengan awak. Saya usaha dapatkan kerja dekat sangat dengan saya. Alhamdulillah, sgt kuat naluri saya. Selepas sebulan  2 3 hari lepas tu awak dipanggil bekerja di Syarikat IMAN. Rezeki awak kan. Alhamdulillah. Dekat sangat awak dengan saya. Selalu berhubung company bos awak and company bos saya sbb company bos saya ada tender dengan syarikat IMAN. Tak lama daripada tu, masuk 2015 saya pindah office di Seri Rejang tak jauh dari Wisma. Walau pun makin menjauh. Kita selalu bersama. Hari-hari kita jumpa. Waktu lunch, waktu balik. Awak selalu tunggu saya balik kerja kat bawah office saya. Hampir setahun lebih lah kita macam tu sampai makcik kat Medan tepi tasik tu dah tahu MENU kita hari-hari. Dalam setahun lebih tu, banyak sangat dugaan saya dapat dari awak. Terlalu banyak awak tipu saya, awak buat saya menangis setiap malam. Tapi Allah itu mengetahui apa yang saya rasa walaupun dugaan berat sangat. Saya cuba tahan dan cuba faham dalam dalam diri awak. Perlahan-lahan awak mula tunjuk perangai awak.

Dengan setiap detik, saat, hari usaha awak. Awak dinaikkan pangkat walau tak seberapa. Gaji awak tengah sedap. Awak angkat kereta idaman awak wlau tak berapa idam lah. Janji sama kan. 
Rezeki awak melimpah-limpah. Awak takpernah lupa keluarga awak, awak takpernah lupa saya. Terharu sangat awak. Terima kasih sangat-sangat. Terlalu banyak sgt kenangan kita yang saya nak ceritakan. Rasa macam takpernah habislah kalau saya cerita. 

Takpa, nanti free saya sambung cerita untuk tahun 2016 yee. Terima kasih kerana luangkan masa awak baca coretan kisah cinta saya dan awak. 

Awak saya kini dan selamanya...
Istikharah insyaAllah dapat petunjuk darinya.

Wasalam.

5 October 2016 bersamaan hari RABU pada jam 1:25pm
Create by Nut Shaerra Binti Abdul Malek